Untuk renungan

Rasulullah SAW pernah bersabda : 
  
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira 
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka 
buat kamu... 

  
Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa 
kepada kedua orang tua nya dalam sehari" 

  
Huraian hadith: 

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup 
mahupun yang sudah tiada ) 

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa 
kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) 

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan 
Bayangkan wajah kedua orang tua kita 
, termasuk guru2 Kita dan mereka2 
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki 
Oleh Allah SWT. 

  
Kesimpulannya: 

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa 
Doakan ibu bapa kita setiap hari 

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita 
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) 
InsyaAllah 
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, 
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba .Allahhuakhbar. . 

  
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu) 

  
Caranya : 
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup) 
  
Untuk yang sudah meninggal 
:  "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 
  
Insya Allah, selepas berdoa beberapa hari akan nampak rezeki datang menjelma, Aminn 
Allahu Akbar ! 

  
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah....... 

 
  
Wassalam,



Teknik menjawab soalan SPM.

Gambar-gambar sekitar teknik menjawab SPM

Pelajar tingkatan 5 sedang memberikan tumpuan kepada penceramah teknik menjawab subjek Fizik daripada Encik Hafirdzi dari SMK Simpang Pulai pada 12 Oktober 2011

  Encik Subramaniam sedang menerangkan tips-tips cara menjawab subjek Pendidikan Moral

Encik Mohd Anush dari SMK Simpang Pulai sedang memberikan taklimat tentang subjek Pendidikan Moral pada 29 September 2011


Puan Normaziah dari SMK Idris Shah Gopeng sedang memberikan tips-tips cara menjawab subjek Biologi pada 6 Oktober 2011

Teknik Menjawab SPM

Gambar-gambar sekitar teknik menjawab mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan motivasi pada 11 Oktober 2011
Pelajar-pelajar sedang mengikuti bengkel teknik menjawab mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik

Encik Rahman sedang memberikan ceramah tentang teknik menjawap mata pelajaran matematik


Puan Tina pengurus dari Kolej TARJ sedang memberikan ceramah motivasi 

Encik Abdullah memberikan ceramah tentang teknik menjawap mata pelajaran Bahasa Melayu

Johan Pertandingan Blog di PPD Kinta


SMK Rapat Setia telah memenangi tempat pertama dalam program merekayasa pertandingan blog yang diadakan di PPD Kinta.


SMK Rapat Setia juga telah mendapat tempat kedua dalam program merekayasa pertandingan facebook yang diadakan di PPD Kinta.


Pn Fatihah sedang membentangkan powerpoint keceriaan bilik kaunseling dalam pertandingan merekayasa unit bimbingan dan kaunseling.

Syabas Nik Nur Madihah SPM 19A1 1A2


nik-madihah
Nik Madihah sendiri menceritakan keadaannya … “Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis… Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik … Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng… Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan… Saya belajar di ruang tamu. Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama… Saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami…   Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng. “
madihah2
“… Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya…” (Nik Nur Madihah)
Pengajaran-pengajaran yang boleh saya simpulkan :
  1. Umat Islam, samada lelaki maupun wanita, mempunyai potensi aqal dan semangat yang hebat ke arah membangunkan umat Islam sekali lagi di akhir zaman ini. Hanya yang tinggal ialah bagaimana mendidik potensi-potensi ini dengan Tarbiyah Islamiyah yang sejati sehingga kita dapat menghasilkan pendakwah-pendakwah yang hebat, sempurna lagi menyeluruh.
  2. Umum berpendapat bahawa anak yang tinggi IQ nya adalah lahir dari ibu bapa yang dari bidang-bidang professional. Namun hakikatnya IQ yang tinggi adalah anugerah Allah yang diberikanNya kepada siapa sahaja dari kalangan hamba-hambaNya. Anugerah IQ boleh dikira sebagai salah satu bentuk rezeki dari Allah. “Siapa yang bertaqwa kepada Allah diberinya jalan keluar. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah mencukupkannya …” (Al-Quran).
  3. Tiga rukun tarbiyah yang terpenting ialah Mutarabbi (Nik Madihah), Manhaj (syllabus SPM) dan Murabbi (guru-gurunya). Adapun bangunan, teknologi canggih, strategik planning, SWOT analysis dll adalah alat-alat luaran yang cuba membantu pentarbiyah diri semata-mata. Tanpa kesemua alat-alat tersebut, mungkin akan berlaku kesulitan tetapi tidak mustahil tarbiyah boleh berjaya asalkan Murabbi, Manhaj dan Mutarabbi nya jelas dan hebat. Sebaliknya, tanpa murabbi yang faham dan hebat, tanpa mutarabbi yang bersungguh dan ikhlas dan tanpa manhaj yang salah, pentarbiyahan tidak akan ke mana, walaupun peralatan-peralatan sokongannya canggih dan mahal.
  4. Keberkatan dalam rezeki untuk membesarkan keluarga adalah rukun penting dalam hidup. Saya percaya seorang nelayan seperti Nik Mohd Kamal, ayah kepada Nik Nur Madihah, yang makan berlauk dihari biasa, tetapi “berlauk telur goreng di hari tengkujuh atau ketika bot rosak …” benar-benar mendapatkan rezeki keluarganya dari hasil kerja laut secara halal semata-mata, berbanding dengan banyak bidang profession dan kerja lain di zaman canggih Malaysia Boleh pada hari ini yang sukar melepaskan diri dari riba dan putar belit (gharar).

Hala Tuju Selepas SPM

Peluang pendidikan selepas SPM
  • Keputusan cemerlang (semua A)
    *sambung pelajaran di universiti luar negara atau dalam negara
  • Keputusan baik (ada beberapa A)
    *sambung pelajaran di Tingkatan 6 / masuk institut perguruan
  • Keputusan sederhana (tiada A tetaoi kebanyakan subjek B atau C)
    *sambung pelajaran di politeknik
  • Keputusan lemah (kebanyakan subjek gagal)
    *sambung pelajaran di kolej-kolej kemahiran swasta atau teris bekerja
Peluang pendidikan di IPTA / IPTS

                Akademik semakin cemerlang, peluang untuk sambung belajar di IPTA / IPTS semakin cerah terutama dalam pemilihan bidang yang kita minat dan layak.

"Tidak ada usaha yang gagal. Kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan"
Krisna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by SMKRS Community Crew | Versi telefon