Teknik menjawab soalan SPM.

Gambar-gambar sekitar teknik menjawab SPM

Pelajar tingkatan 5 sedang memberikan tumpuan kepada penceramah teknik menjawab subjek Fizik daripada Encik Hafirdzi dari SMK Simpang Pulai pada 12 Oktober 2011

  Encik Subramaniam sedang menerangkan tips-tips cara menjawab subjek Pendidikan Moral

Encik Mohd Anush dari SMK Simpang Pulai sedang memberikan taklimat tentang subjek Pendidikan Moral pada 29 September 2011


Puan Normaziah dari SMK Idris Shah Gopeng sedang memberikan tips-tips cara menjawab subjek Biologi pada 6 Oktober 2011

Teknik Menjawab SPM

Gambar-gambar sekitar teknik menjawab mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan motivasi pada 11 Oktober 2011
Pelajar-pelajar sedang mengikuti bengkel teknik menjawab mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik

Encik Rahman sedang memberikan ceramah tentang teknik menjawap mata pelajaran matematik


Puan Tina pengurus dari Kolej TARJ sedang memberikan ceramah motivasi 

Encik Abdullah memberikan ceramah tentang teknik menjawap mata pelajaran Bahasa Melayu

Johan Pertandingan Blog di PPD Kinta


SMK Rapat Setia telah memenangi tempat pertama dalam program merekayasa pertandingan blog yang diadakan di PPD Kinta.


SMK Rapat Setia juga telah mendapat tempat kedua dalam program merekayasa pertandingan facebook yang diadakan di PPD Kinta.


Pn Fatihah sedang membentangkan powerpoint keceriaan bilik kaunseling dalam pertandingan merekayasa unit bimbingan dan kaunseling.

Syabas Nik Nur Madihah SPM 19A1 1A2


nik-madihah
Nik Madihah sendiri menceritakan keadaannya … “Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis… Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik … Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng… Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan… Saya belajar di ruang tamu. Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama… Saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami…   Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng. “
madihah2
“… Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya…” (Nik Nur Madihah)
Pengajaran-pengajaran yang boleh saya simpulkan :
  1. Umat Islam, samada lelaki maupun wanita, mempunyai potensi aqal dan semangat yang hebat ke arah membangunkan umat Islam sekali lagi di akhir zaman ini. Hanya yang tinggal ialah bagaimana mendidik potensi-potensi ini dengan Tarbiyah Islamiyah yang sejati sehingga kita dapat menghasilkan pendakwah-pendakwah yang hebat, sempurna lagi menyeluruh.
  2. Umum berpendapat bahawa anak yang tinggi IQ nya adalah lahir dari ibu bapa yang dari bidang-bidang professional. Namun hakikatnya IQ yang tinggi adalah anugerah Allah yang diberikanNya kepada siapa sahaja dari kalangan hamba-hambaNya. Anugerah IQ boleh dikira sebagai salah satu bentuk rezeki dari Allah. “Siapa yang bertaqwa kepada Allah diberinya jalan keluar. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah mencukupkannya …” (Al-Quran).
  3. Tiga rukun tarbiyah yang terpenting ialah Mutarabbi (Nik Madihah), Manhaj (syllabus SPM) dan Murabbi (guru-gurunya). Adapun bangunan, teknologi canggih, strategik planning, SWOT analysis dll adalah alat-alat luaran yang cuba membantu pentarbiyah diri semata-mata. Tanpa kesemua alat-alat tersebut, mungkin akan berlaku kesulitan tetapi tidak mustahil tarbiyah boleh berjaya asalkan Murabbi, Manhaj dan Mutarabbi nya jelas dan hebat. Sebaliknya, tanpa murabbi yang faham dan hebat, tanpa mutarabbi yang bersungguh dan ikhlas dan tanpa manhaj yang salah, pentarbiyahan tidak akan ke mana, walaupun peralatan-peralatan sokongannya canggih dan mahal.
  4. Keberkatan dalam rezeki untuk membesarkan keluarga adalah rukun penting dalam hidup. Saya percaya seorang nelayan seperti Nik Mohd Kamal, ayah kepada Nik Nur Madihah, yang makan berlauk dihari biasa, tetapi “berlauk telur goreng di hari tengkujuh atau ketika bot rosak …” benar-benar mendapatkan rezeki keluarganya dari hasil kerja laut secara halal semata-mata, berbanding dengan banyak bidang profession dan kerja lain di zaman canggih Malaysia Boleh pada hari ini yang sukar melepaskan diri dari riba dan putar belit (gharar).

Hala Tuju Selepas SPM

Peluang pendidikan selepas SPM
  • Keputusan cemerlang (semua A)
    *sambung pelajaran di universiti luar negara atau dalam negara
  • Keputusan baik (ada beberapa A)
    *sambung pelajaran di Tingkatan 6 / masuk institut perguruan
  • Keputusan sederhana (tiada A tetaoi kebanyakan subjek B atau C)
    *sambung pelajaran di politeknik
  • Keputusan lemah (kebanyakan subjek gagal)
    *sambung pelajaran di kolej-kolej kemahiran swasta atau teris bekerja
Peluang pendidikan di IPTA / IPTS

                Akademik semakin cemerlang, peluang untuk sambung belajar di IPTA / IPTS semakin cerah terutama dalam pemilihan bidang yang kita minat dan layak.

"Tidak ada usaha yang gagal. Kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan"
Krisna

Strategi Menghadapi Peperiksaan

Persediaan sebelum peperiksaan
  •  Buat persediaan awal sebelum peperiksaan
  • Dapatkan rehat (tidur) secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaaan
  • Datang awal ke pusat peperiksaan
  • Pastikan keperluan peperiksaan dibawa sebelum masuk ke dewan peperiksaan 
Persediaan semasa di dalam dewan peperiksaan
  • Duduk dengan tenang dan selesa
  • Baca doa
  • Dengar arahan pengawas dengan teliti
  • Pastikan anda menerima kertas soalan yang betul 
  • Baca semua arahan di kertas soalan sebelum menjawab
  • Buat perancangan sebelum menjawab terutamanya soalan esei
Persediaan sebelum meninggalkan dewan peperiksaan
  • Teliti butir-butir diri, mata pelajaran dan nombor soalan yang ditulis dengan betul
  • Pastikan semua helaian jawapan disusun dengan baik dan dihantar kepada pengawas peperiksaan 
  • Jangan tinggalkan sebarang dokumen pengenalan diri atau ala tulis di dewan peperiksaan
  • Dicadangkan agar tidak membincangkan soalan atau jawapan yang telah selesai kerana tindakan itu dapat mengurangkan keyakinan diri untuk menghadapi kertas-kertas lain akan datang
"Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia pertama untuk mencapai kejayaan"
Ralph Waldo Emarson

Kenapa Mengantuk?

Antara faktor-faktor yang menyebabkan mengantuk adalah:
  • Keletihan
  • Terlalu kenyang
  • Kurang tidur / atau tidur pada waktu siang
  • Hilang tumpuan, jemu atau pun bosan 
  • Kesan makanan yang dimakan
  • Bunyi bising di persekitaran
  • Mengambil bahan psikotropik bagi penyakit selsema, batuk, darah tinggi, lemah jantung, ubat penenang dan sebagainya

Cadangan untuk mengatasi masalah mengantuk
  • Tidur sejenak jika anda berada di rumah
  • Basuh muka ataupun mandi 
  • Senaman ringan 
  • Banyakkan minum air 
Contoh senaman muka
  • Pejamkan mata seberapa kuat
  • Buka mata seluas-luasnya dan pandang ke atas sejauh mungkin
  • Ubah pandangan ke bawah dan pandang sejauh mungkin
  • Selepas senaman mata, biarkan mata berehat
Contoh senaman anggota badan
  • Genggam kuat-kuat jari kira-kira 30 saat dan lepaskan perlahan-lahan'
  • Tolak bahu anda ke hadapan sejauh yang mungkin
  • Gerakkan dan pusing pergelangan kaki
"Jangan ikut resmi ayam bertelur sebiji riuh sekampung, tetapi ikutlah resmi padi makin berisi semakin tunduk"
Peribahasa Melayu

Kenapa Lupa?

Kenapa kita lupa?
  • Mengamalkan makanan ringan
  • Banyak makan organ dalaman
  • Minuman bergas
  • Makan bahan masam seperti jeruk asam, epal hijau dan lain-lain
  • Kurang ulangkaji dan latihan
Tips-tips makanan menguatkan minda
  • Kismis
  • Kurma
  • Buah badam
  • Buah zaiton
  • Susu dan madu
  • Makanan dari bahan kekacang 
  • Halal
"Orang yang suka bertanya adalah orang yang bodoh selama 5 minit manakala orang yang tidak bertanya ialah orang yang bodoh selama-lamanya"



Kata Pujangga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by SMKRS Community Crew | Versi telefon