Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..






Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

Logo Unit Bimbingan dan Kaunseling Rapat Setia


UBKRS
-Unit Bimbingan dan Kaunseling Rapat Setia-

BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU RAKAN LAIN
-usaha membantu rakan anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk      meningkat kecemerlangan diri-

LAMBANG LOVE
-kasih sayang sesama insan untuk bantu membantu sesama sendiri-

Pelancaran Program Merekayasa Pertandingan Blog, Facebook dan Keceriaan Bilik Kaunseling

Pn. Hajah Siti Zabidah sedang memberikan ucapan bagi pelancaran Program Merekayasa Pertandingan Blog, Facebook dan Keceriaan Bilik Kaunseling pada 26 September 2011

Pn. Hajah Siti Zabidah bersama dengan Pn. Salina sedang bersama dengan banner Pelancaran Program Merekayasa Pertandingan Blog, Facebook dan Keceriaan Bilik Kaunseling

Pn. Hajah Siti Zabidah bersama dengan para kaunselor dan 6 orang pelajar bersama dengan banner Pelancaran Program Merekayasa Pertandingan Blog, Facebook dan Keceriaan Bilik Kaunseling

Pn. Hajah Siti Zabidah sedang mengungjungi laman blog dan facebook

Kata-kata perangsang

Selamat menghadapi peperiksaan percubaan SPM kepada pelajar Tingkatan 5, semoga anda dapat menjawab dengan tenang

Ceramah Anti Dadah

Ceramah tentang bahaya akibat penagihan dadah

Majlis perasmian minggu antidadah  dirasmikan oleh Pengetua oleh Pn Hjh Siti Zabedah bt Setia pada 206 2011 pada pukul 7.20 pagi di Dataran Setia SMKRS

Pameran antidadah memberi kesedaran kepada para pelajar

Pameran antidadah menunjukkan kesan terhadap dadah

Pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah antidadah di bilik simfoni

Pelajar sedang melihat pameran antidadah di dewan terbuka

Pelajar sedang tekun melihat pameran antidadah

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & SELAMAT HARI KEMERDEKAAN

‎*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
✿ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, ikhlas
dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Rapat Setia ✿
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
*.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚・✿.。.:**.:。✿*゚゚
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by SMKRS Community Crew | Versi telefon